Ni adalah blog aku yang ke-3. Banyaknya blog aku nak kena update hari-hari..huhu.
Blog ni adalah khas untuk hobi aku yang terbaru. Sebenarnya takde lah terbaru sangat. Dah bertahun-tahun pun menceburkan diri tapi bukan secara serius..macam la sekarang ni serius sangat :p
Hobi sekadar hobi la kan..ada masa lapang boleh layan hobi.
Mokte Chat sebenarnya nama tempat aku bermastautin dalam loghat Kelate. Nama kampung aku dalam geran tanah Kampung Rambutan Chat.
Asalnya penduduk kampung ni tak sampai pun 10 keluarga. Boleh dikatakan arwah datuk aku sebelah abah aku antara penduduk awal kat sini (ke dia yang buka tanah ni? aku lupa.hehe)
Asalnya tanah ni hutan kecil dan ada ladang getah, berhampiran dengan kaki bukit. Belakang rumah aku bapa saudara aku gali kolam seluas setengah ekar setiap satu. Ada 3 biji kolam, jadi KOLAM IKAN jadi landmark untuk sampai rumah kami.
Kolam ni dah lama dah gali, menurut mak saudara aku kolam tu digali tahun 1979. Ma abah aku belum kahwin lagi kolam tu dah ada. Banyak masa terbiar ada masa diisi dengan ikan. Nenek aku cerita arwah datuk tiri aku pernah tanam padi tapi semua habis dimakan burung.
Dulu kawasan rumah aku ni memang orang takut nak datang. Hehe. Nak tahu sebab ape? Salah satu sebab rumah aku agak terpencil berbanding rumah orang lain dan masa tu pokok-pokok hutan masih banyak dan tebal. Pendek kata macam seram la area rumah aku ni.
Tapi sekarang? Ladang getah semua dah berganti rumah. Pokok-pokok besar tempat aku dah sepupu sepapat aku main masa kecik-kecik dulu dah lama arwah. Yang ada semak je. Sekolah memang dekat tapi dulu rasa macam jauh sebab banyak pokok-pokok jadi penghalang. Sekarang, dinding sekolah pun boleh nampak dari belakang rumah. Belum masuk pagi-pagi dengar pengawas sekolah baca doa, nyanyi lagu sekolah dan 'ucapan' dari pengetua lagi. Macam aku pulak yang sekolah.
Kebun aku kecil je, suku ekar lebihan dari kolam ikan tu. Tanah pulak tanah bukit. Banyak anai-anai dan semut hitam. Kebanyakan pokok yang ditanam memang tak berbuah. Kalau berbuah sekalipun takde la gah sangat hasilnya.
Aku dalam usaha nak menghapuskan anai-anai dan semut hitam ni. Kalau tak hapus dapat kawal pun aku bersyukur sangat.
Fokus terbaru aku nak tanam sayur-sayuran sendiri yang bebas baja kimia..kiranya organik. Jadi, aku harap korang dapat enjoy this blog. Kita sama-sama belajar.
Salam kenal,
Fariha Sulaiman
![]() |
| Geram tengok sayur kat belakang tu :P |

No comments:
Post a Comment