Sunday, March 23, 2014

Musim Bunga Sudah Datang

Assalamu'alaikum wbt

Sekarang ni kat kebun aku dah masuk fasa musim berbunga. Hehe

Semalam 'terjumpa' camera lama pemberian En. Wan dalam gerobok terus amik snap snap segala gambar pokok yang sedang berbunga. 'Terjumpa' tu sebab dah lama tak guna sejak ada handphone zaman la ni semua ada camera canggih manggih.

Masa ni dah mendung nak hujan. Ye..di Kg. MokTe Chat hujan sehari dua ni.

Ni pokok durian belanda yang baru belajar nak berbuah. Ada la buah 2 biji. Asalnya dari sepohon pokok, berbuah sebiji. Big Boss amik dan semai bijinya..dapat banyak juga la anak pokok sampai kami terpaksa agih-agihkan kepada jiran tetangga. Yang ada lebih lagi dalam 4 pokok tapi yang baru berbuah hanya sepohon ni je.



Bunga Durian Belanda


 Yang ni pulak rasanya memang takde musim pun kan? Bila dah start berbunga dan berbuah sampai tak termakan. Sekarang ni buah-buah yang tua kami biarkan kering kat pokok. Boleh simpan untuk semai kat tempat lain pula.

Pokok kacang botor ni pun dah bergenerasi dengan kami. Yang ni pun anak-cucu-cicit yang tumbuh dengan sendiri.

Bunga pokok kacang botor

Pokok limau kasturi ni pulak baru je aku pangkas last week, dah meriah berbunga. Memang pokok ni sentiasa berbunga tapi kali ni lagi meriah. Maklum la lama sangat tak dibelai. Kena belai sekali terus galak mengeluarkan hasil. Pokok ni pun Tanam-Tinggal-Tuai :P


Bunga Pokok Limau Kasturi

Yang ni pulak pokok sentul. Buah dia seakan-akan buah tampoi tapi ulasnya macam buah manggis. Yang ni bukan kategori original dari hutan sebab nenek aku beli yang hybrid dari Thailand. Buahnya lebih besar dan manis. Kalau yang asli dari hutan buahnya kecil dan rasanya agak masam. Best bila makan colek atau buat jeruk. Pokok dia sangat senang tumbuh dan tahan serangan penyakit.

Bunga dia penuh satu pokok. Bila ada angin bunga-bunga dia akan jatuh. Ir.Dina & Ir.Fan suka duduk bawah pokok bila bunga jatuh..then try to catch bunga-bunga yang jatuh tu.


Bunga Pokok Sentul
Durian juga sedang berbunga. Rambai pun sama. Tapi takde gambar. Nanti aku update lagi ek

p.s: part 2 sudah update. jom baca sini

Love,
Fariha Sulaiman

Wednesday, March 19, 2014

Jom pangkas memangkas pokok limau kasturi

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera.

Dah lama aku duk belek-belek pokok limau kasturi ni, banyak sangat pokok parasit yang menumpang. Aku tak tau nama pokok yang menumpang tu, so aku panggil je pokok parasit. hehe :p

So, semalam decide nak buang segala pokok yang menumpang. Kebetulan memang aku ada beli gergaji pokok, so tak payah minta tolong En. Wan Din pun takpe since dia pun belum balik kerja. Gergaji ni kita boleh attach dengan batang panjang, tak payah nak panjat2 kalau dahan nak potong tu tinggi. Aku beli kat Pasar Tani Melor je, RM25 satu. Tu yang paling murah, kalau yang mahal cecah seratus pun ada. Hehe


Matahari atas kepala, terpaksa stop sesi memangkas


Setelah dipangkas. Still nampak macam belum pangkas
 Pokok ni memang merimbun. Dah setahun kot tak dipangkas. Buah dia pun kecik2 je. Sekarang ni pokok limau kasturi ni tengah berbuah dengan hebatnya. Buah2 pun banyak tapi tak elok sebab kena serang dengan kumbang agaknya. Tengah mencari info macam mana nak rawat pokok ni.


Sayang pulak nak buang dahan2 yang dah dipangkas tu sebab ada buahnya. So, kutip la buah2 yang ada.

Dapat la banyak ni.

Tak tahu nak buat apa dengan buah ni, ape lagi..kita perah dan hasilnya:


Sejug Limau Kasturi Ais di tengah hari

Boleh buat minum masa lunch :P

p.s: Sesi memangkas ni dilakukan pada 19/03/2014 pagi.

Love,
Fariha Sulaiman




Salam Kenal

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera

Ni adalah blog aku yang ke-3. Banyaknya blog aku nak kena update hari-hari..huhu.

Blog ni adalah khas untuk hobi aku yang terbaru. Sebenarnya takde lah terbaru sangat. Dah bertahun-tahun pun menceburkan diri tapi bukan secara serius..macam la sekarang ni serius sangat :p

Hobi sekadar hobi la kan..ada masa lapang boleh layan hobi.

Mokte Chat sebenarnya nama tempat aku bermastautin dalam loghat Kelate. Nama kampung aku dalam geran tanah Kampung Rambutan Chat.

Asalnya penduduk kampung ni tak sampai pun 10 keluarga. Boleh dikatakan arwah datuk aku sebelah abah aku antara penduduk awal kat sini (ke dia yang buka tanah ni? aku lupa.hehe)

Asalnya tanah ni hutan kecil dan ada ladang getah, berhampiran dengan kaki bukit. Belakang rumah aku bapa saudara aku gali kolam seluas setengah ekar setiap satu. Ada 3 biji kolam, jadi KOLAM IKAN jadi landmark untuk sampai rumah kami.

Kolam ni dah lama dah gali, menurut mak saudara aku kolam tu digali tahun 1979. Ma abah aku belum kahwin lagi kolam tu dah ada. Banyak masa terbiar ada masa diisi dengan ikan. Nenek aku cerita arwah datuk tiri aku pernah tanam padi tapi semua habis dimakan burung.

Dulu kawasan rumah aku ni memang orang takut nak datang. Hehe. Nak tahu sebab ape? Salah satu sebab rumah aku agak terpencil berbanding rumah orang lain dan masa tu pokok-pokok hutan masih banyak dan tebal. Pendek kata macam seram la area rumah aku ni.

Tapi sekarang? Ladang getah semua dah berganti rumah. Pokok-pokok besar tempat aku dah sepupu sepapat aku main masa kecik-kecik dulu dah lama arwah. Yang ada semak je. Sekolah memang dekat tapi dulu rasa macam jauh sebab banyak pokok-pokok jadi penghalang. Sekarang, dinding sekolah pun boleh nampak dari belakang rumah. Belum masuk pagi-pagi dengar pengawas sekolah baca doa, nyanyi lagu sekolah dan 'ucapan' dari pengetua lagi. Macam aku pulak yang sekolah.

Kebun aku kecil je, suku ekar lebihan dari kolam ikan tu. Tanah pulak tanah bukit. Banyak anai-anai dan semut hitam. Kebanyakan pokok yang ditanam memang tak berbuah. Kalau berbuah sekalipun takde la gah sangat hasilnya.

Aku dalam usaha nak menghapuskan anai-anai dan semut hitam ni. Kalau tak hapus dapat kawal pun aku bersyukur sangat.

Fokus terbaru aku nak tanam sayur-sayuran sendiri yang bebas baja kimia..kiranya organik. Jadi, aku harap korang dapat enjoy this blog. Kita sama-sama belajar.


Salam kenal,
Fariha Sulaiman

Geram tengok sayur kat belakang tu :P