Saturday, April 19, 2014

Musim Bunga Sudah Datang ( Part 2)

Assalamu'alaikum wbt

Seperti yang aku janjikan dalam entri ni, sila la cuci mata dengan koleksi bunga pokok2 buah yang sedia ada dalam kebun.
















Bunga pokok buah rambai. Sangat lebat. Pokok ni tumbuh sendiri je kat hujung kolam. Baru lagi belajar berbuah. Tak silap baru 2,3 kali berbuah. Asalnya kat kawasan pokok rambai ni arwah atuk aku tanam pokok durian kampung yang sangat best rasanya. Tapi sebab sini kawasan rizab sungai, so bila gov nak besarkan sungai habis pokok2 durian kena tebang. Owh..pokok rambai selamat sebab masih dalam tanah kami dekat hujung kolam.



Durian nyum..nyum..
Durian ni pun baru nak belajar berbuah. Yang ni yang generasi baru. Nun melambai2 di seberang kolam.


Yang ni aku tak tahu sama ada pokok kuinin atau pokok machang. Bila dah masak nak masuk mulut nanti baru aku tau ~~ngeee..


Kalau terer cuba teka ni bunga pokok apa??
Yes..ni bunga pokok serai kayu. Masa kecik2 memang berebut2 makan buah serai kayu yang dah masak. Sampaikan kat MokTe Chat ni dulu ada pokok serai kayu sebesar pemeluk yang berbuah lebat. Bila musim kami budak2 kecik berpesta serai kayu. Yang tukang amik of course la mak bapak kami. Sayangnya pokok tu hampir mati sekarang..dah sampai masa kot. Waktu kecik..buah serai kayu pun nikmat. Makan sambil main waktu petang. 


Ni bunga pokok mengkudu. Yang ni pun kami tak tanam. Buah dia kecik2 je berbanding mengkudu yang komersial. Yang ni simpan sebab jadi teduhan kat pintu dapur. Belakang pokok mengkudu tu pokok jambu batu. Yang ada air tu la kolam belakang rumah.

Impian jangka panjang aku nak tanam sebanyak boleh pokok buah2 terutamanya buah2 nadir. Impian jangka pendek nak tanam sayur2 organik. Ada sebab kenapa tiba2 aku nak tanam sayur organik. Nak tahu? Jumpa next entry :)

Love,
Fariha Sulaiman


Tuesday, April 1, 2014

Bak kata Ir.Dina -- Jom masuk kebun..nak duduk atas 'gerrang'

Assalamu'alaikum wbt

Sejak masuk tadika ni Ir.Dina dah pandai berdialek Kelantan. Tapi kadang2 kami satu famili tergelak dengar loghat dia. Dah macam orang siam pun ada. Kadang2 kami tak paham apa yang dia cuba cakap sampai dia sendiri terpaksa translate ke bahasa melayu standard..bukan mummy derhaka kat negeri sendiri nak..bukan..kamu tu yang terlampau pekat dialek sampai mummy tak paham.kuikuikui..

Last week hari Khamis(27/3/2014) Ir.Dina request nak 'gerrang'. Aku ingatkan dia cuba cakap dia geram. Maklum le sebelum ni tak pernah pulak dengar dia cakap pasal 'geram' or 'gerrang'.

Rupa2nya dia maksudkan pangkin. Btw, dalam loghat Kelantan kitorg panggil 'gerre' with 're' bunyi macam 'rare'. Sebab dalam kebun kami memang takde tempat untuk duduk-duduk-rehat.

Lepas lunch terus mummy godek2 kayu atuk Ir.Dina. Semuanya kayu yang entah berapa kali dah recycle.

Mummy guna rangka katil besi yang dah nak jual timbang besi buruk, cuma tambah bahagian atas je bahagian lantai.

Untuk rangka lantai mummy guna kayu 2" x 2" je. Cuba cari kayu 2" x 4" tapi tak cukup la pulak. Takpe guna 2"x2" tapi buat banyak2 alang dia. Kayu kecik lagi senang mummy nak gergaji. Hehe.

Then untuk lantai tu of course kena guna papan lantai. Cari punya cari, adjust punya adjust ngam2 je. Memang aku tau papan lantai ni sangat laris kat rumah ni..tukang kayu ramai la katakan. haha!

Ukur, potong then paku. Mana-mana papan lantai yang meleding pun mummy paku je. Biasa la stok2 reject papan lantai biasanya meleding, tak cantik nak buat lantai.

Alhamdulillah..walaupun takde kepakaran macam tukang2 kayu lain kat rumah ni, takde pula pengalaman (last bertukang form 3 masa kerja kayu kemahiran hidup) dengan izin Allah siap jugak.



Walaupun tak sempurna mana tapi kukuh untuk kami duduk-baring-rehat atas ni. Daddy balik last week siap landing tido atas ni sementara tunggu nak solat Jumaat. Best angin kebun katanya.

Insya Allah..lepas ni nak buat another 'gerre'. Besar sikit untuk kami lepak2. Tunggu stok kayu 2nd hand. Tapi yang lepas ni mummy nak mintak daddy buat pulak :P

Love,
Fariha Sulaiman

Sunday, March 23, 2014

Musim Bunga Sudah Datang

Assalamu'alaikum wbt

Sekarang ni kat kebun aku dah masuk fasa musim berbunga. Hehe

Semalam 'terjumpa' camera lama pemberian En. Wan dalam gerobok terus amik snap snap segala gambar pokok yang sedang berbunga. 'Terjumpa' tu sebab dah lama tak guna sejak ada handphone zaman la ni semua ada camera canggih manggih.

Masa ni dah mendung nak hujan. Ye..di Kg. MokTe Chat hujan sehari dua ni.

Ni pokok durian belanda yang baru belajar nak berbuah. Ada la buah 2 biji. Asalnya dari sepohon pokok, berbuah sebiji. Big Boss amik dan semai bijinya..dapat banyak juga la anak pokok sampai kami terpaksa agih-agihkan kepada jiran tetangga. Yang ada lebih lagi dalam 4 pokok tapi yang baru berbuah hanya sepohon ni je.



Bunga Durian Belanda


 Yang ni pulak rasanya memang takde musim pun kan? Bila dah start berbunga dan berbuah sampai tak termakan. Sekarang ni buah-buah yang tua kami biarkan kering kat pokok. Boleh simpan untuk semai kat tempat lain pula.

Pokok kacang botor ni pun dah bergenerasi dengan kami. Yang ni pun anak-cucu-cicit yang tumbuh dengan sendiri.

Bunga pokok kacang botor

Pokok limau kasturi ni pulak baru je aku pangkas last week, dah meriah berbunga. Memang pokok ni sentiasa berbunga tapi kali ni lagi meriah. Maklum la lama sangat tak dibelai. Kena belai sekali terus galak mengeluarkan hasil. Pokok ni pun Tanam-Tinggal-Tuai :P


Bunga Pokok Limau Kasturi

Yang ni pulak pokok sentul. Buah dia seakan-akan buah tampoi tapi ulasnya macam buah manggis. Yang ni bukan kategori original dari hutan sebab nenek aku beli yang hybrid dari Thailand. Buahnya lebih besar dan manis. Kalau yang asli dari hutan buahnya kecil dan rasanya agak masam. Best bila makan colek atau buat jeruk. Pokok dia sangat senang tumbuh dan tahan serangan penyakit.

Bunga dia penuh satu pokok. Bila ada angin bunga-bunga dia akan jatuh. Ir.Dina & Ir.Fan suka duduk bawah pokok bila bunga jatuh..then try to catch bunga-bunga yang jatuh tu.


Bunga Pokok Sentul
Durian juga sedang berbunga. Rambai pun sama. Tapi takde gambar. Nanti aku update lagi ek

p.s: part 2 sudah update. jom baca sini

Love,
Fariha Sulaiman

Wednesday, March 19, 2014

Jom pangkas memangkas pokok limau kasturi

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera.

Dah lama aku duk belek-belek pokok limau kasturi ni, banyak sangat pokok parasit yang menumpang. Aku tak tau nama pokok yang menumpang tu, so aku panggil je pokok parasit. hehe :p

So, semalam decide nak buang segala pokok yang menumpang. Kebetulan memang aku ada beli gergaji pokok, so tak payah minta tolong En. Wan Din pun takpe since dia pun belum balik kerja. Gergaji ni kita boleh attach dengan batang panjang, tak payah nak panjat2 kalau dahan nak potong tu tinggi. Aku beli kat Pasar Tani Melor je, RM25 satu. Tu yang paling murah, kalau yang mahal cecah seratus pun ada. Hehe


Matahari atas kepala, terpaksa stop sesi memangkas


Setelah dipangkas. Still nampak macam belum pangkas
 Pokok ni memang merimbun. Dah setahun kot tak dipangkas. Buah dia pun kecik2 je. Sekarang ni pokok limau kasturi ni tengah berbuah dengan hebatnya. Buah2 pun banyak tapi tak elok sebab kena serang dengan kumbang agaknya. Tengah mencari info macam mana nak rawat pokok ni.


Sayang pulak nak buang dahan2 yang dah dipangkas tu sebab ada buahnya. So, kutip la buah2 yang ada.

Dapat la banyak ni.

Tak tahu nak buat apa dengan buah ni, ape lagi..kita perah dan hasilnya:


Sejug Limau Kasturi Ais di tengah hari

Boleh buat minum masa lunch :P

p.s: Sesi memangkas ni dilakukan pada 19/03/2014 pagi.

Love,
Fariha Sulaiman




Salam Kenal

Assalamu'alaikum wbt & Salam Sejahtera

Ni adalah blog aku yang ke-3. Banyaknya blog aku nak kena update hari-hari..huhu.

Blog ni adalah khas untuk hobi aku yang terbaru. Sebenarnya takde lah terbaru sangat. Dah bertahun-tahun pun menceburkan diri tapi bukan secara serius..macam la sekarang ni serius sangat :p

Hobi sekadar hobi la kan..ada masa lapang boleh layan hobi.

Mokte Chat sebenarnya nama tempat aku bermastautin dalam loghat Kelate. Nama kampung aku dalam geran tanah Kampung Rambutan Chat.

Asalnya penduduk kampung ni tak sampai pun 10 keluarga. Boleh dikatakan arwah datuk aku sebelah abah aku antara penduduk awal kat sini (ke dia yang buka tanah ni? aku lupa.hehe)

Asalnya tanah ni hutan kecil dan ada ladang getah, berhampiran dengan kaki bukit. Belakang rumah aku bapa saudara aku gali kolam seluas setengah ekar setiap satu. Ada 3 biji kolam, jadi KOLAM IKAN jadi landmark untuk sampai rumah kami.

Kolam ni dah lama dah gali, menurut mak saudara aku kolam tu digali tahun 1979. Ma abah aku belum kahwin lagi kolam tu dah ada. Banyak masa terbiar ada masa diisi dengan ikan. Nenek aku cerita arwah datuk tiri aku pernah tanam padi tapi semua habis dimakan burung.

Dulu kawasan rumah aku ni memang orang takut nak datang. Hehe. Nak tahu sebab ape? Salah satu sebab rumah aku agak terpencil berbanding rumah orang lain dan masa tu pokok-pokok hutan masih banyak dan tebal. Pendek kata macam seram la area rumah aku ni.

Tapi sekarang? Ladang getah semua dah berganti rumah. Pokok-pokok besar tempat aku dah sepupu sepapat aku main masa kecik-kecik dulu dah lama arwah. Yang ada semak je. Sekolah memang dekat tapi dulu rasa macam jauh sebab banyak pokok-pokok jadi penghalang. Sekarang, dinding sekolah pun boleh nampak dari belakang rumah. Belum masuk pagi-pagi dengar pengawas sekolah baca doa, nyanyi lagu sekolah dan 'ucapan' dari pengetua lagi. Macam aku pulak yang sekolah.

Kebun aku kecil je, suku ekar lebihan dari kolam ikan tu. Tanah pulak tanah bukit. Banyak anai-anai dan semut hitam. Kebanyakan pokok yang ditanam memang tak berbuah. Kalau berbuah sekalipun takde la gah sangat hasilnya.

Aku dalam usaha nak menghapuskan anai-anai dan semut hitam ni. Kalau tak hapus dapat kawal pun aku bersyukur sangat.

Fokus terbaru aku nak tanam sayur-sayuran sendiri yang bebas baja kimia..kiranya organik. Jadi, aku harap korang dapat enjoy this blog. Kita sama-sama belajar.


Salam kenal,
Fariha Sulaiman

Geram tengok sayur kat belakang tu :P