Assalamu'alaikum & Salam Sejahtera.
Lama sangat tinggalkan blog. Ada makan tahun kot. Hehe..Terlalu busy dengan personal life.
Well, sekarang dah selamat berpindah kat rumah baru. So, no more Mokte Chat.
Rumah baru kat pinggir bandar. Semi-D kecik je. Tanah pun sekangkang kucing je. Belum betul-betul plan nak tanam apa.
Hari tu cuba tanam kangkung dalam baldi je. Menjadi la 3 baldi.
Dah cuba tanam bunga matahari yang boleh makan tu. Elok je berbunga, berpesta siput babi makan. Diorang memang suka makan bunga matahari ke? Kemuncaknya bila kami pegi holiday, balik tu tengok siput babi duk sedap makan sampai ke kelopak bunga. Redha je la..rezeki diorang.
Sempat beli pokok strawberi sepohon. Pokok yang asal dah mati selepas 2,3 kali berbuah. Tapi anak pokoknya banyak. Ada anak pokok yang dah mati. Memang diorang betul-betul survive sendiri. Tanam tinggal je. Air pun harapkan air hujan je. Kesian betul. Nanti kena belai elok-elok. Kasi baja semua. Hehe,
Lengkuas pun tanam tinggal jugak. Tanam 2 pokok, yang hidup sepokok je. Bawang merah pun ade semai. Sekali menjadi la pulak walaupun tanam tinggal.
Tu je la pokok-pokok yang ada kat rumah ni buat masa sekarang. Tuan rumah dulu ada tanam pokok rambutan kat tepi laman..baru nak belajar berbuah pokok tu. Depan rumah, kat tanah wakaf ade 2 pokok mangga. Jiran sebelah tolong tanamkan. Baik betul dia.
Insya Allah, tengah re-arrange balik schedule untuk bercucuk tanam. Biji benih lama still ade. Ntah menjadi lagi ke tak. Hehe!